Ummah Terbaik ( Khayra Ummah )
Kamu adalah umat yang terbaik dikeluarkan bagi manusia, dengan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan kamu mempercayai Allah. Sekiranya ahli Kitab percaya, tentulah itu yang lebih baik bagi mereka; antara mereka orang-orang mukmin, tetapi kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq. Surah ini, Aali Imran atau surah ketiga mempunyai process tensendir dan insan-insan yang menjadi ‘kamu’ dalam 3/110 adalah orang-orang yang telah beriman dalam agar 3/102. Yang dimaksud ‘khairu ummah’ pada waktu itu adalah generasi para sahabat nabi. Generasi yang dibangun oleh dakwah Rosulullah dan sahabat sampai pada kwalitas keimanan yang sangat baik, bahkan terbaik. Pertanyaan apa yang membuat generasi tersebut mendapatkan predikat ‘khairu ummah’ menjadi menarik untuk dikaji.Sabda Rasulullah: “Barangsiapa di antara kalian melihat kemunkaran, maka hendaklah ia merubah dgn tangannya, jika tak mampu lakukanlah dgn lisannya, & jika tak mampu juga, maka dgn hatinya. Itulah selemah-lemah iman.” HR Muslim
Menjadikan Al Qur’an sebagai rujukan utama dalam keberislaman, dalam setiap sendi kehidupan. Al Quran menjadi referensi utama dan pertama dalam setiap sudut kehidupan, para sahabat berpegang teguh hanya kepada Al Qur’an tidak kepada rujukan-rujukan lain yang marak pada akhir zaman ini.Interaksi para sahabat terhadap Al Quran adalah mereka membaca Al Quran untuk segera dilaksanakannya. Tentu kita bisa menilai sendiri dengan keadaan kita, banyak dari kita yang hanya mampu membaca Al Qur’an namun masih ragu-ragu dalam melaksanakannya.Tidak mau terlibat dalam segala bentuk kejahiliyahan baik dalam keyakinan, ritual ibadah, akhlaq perilaku. Para sahabat berani berputus dengan kejahiliyahan bahkan memeranginya demi kesucian keimanan mereka.
Ummah Pertengahan ( Ummatan Wasatan )
Ummah pertengahan ialah Umat Pertengahan (Ummatan Wasatan)
Islam adalah satu agama yang memiliki keistimewaan dengan sifat ummatan wasatan iaitu umat pertengahan dengan maksud umat yang mengamalkan kesederhanaan dalam semua aspek kehidupan. Kesederhanaan adalah perkara yang paling baik, paling betul dan paling wajar diikuti.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “ Demikianlah kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan agar kalian menjadi saksi atas (perbuatan) manusia, dan agar Rasul menjadi saksi atas (perbuatan kamu).” Surah al Baqarah (2) :143
Perkataan wasat (tengah-tengah) mempunyai makna yang banyak, di antaranya ialah:
i. Bahagian Yang Paling Mulia Atau Paling Baik Dan Paling Aman
Bahagian tengah daripada segala sesuatu adalah bahagian yang paling mulia atau paling baik dan paling aman, kerana terkawal oleh yang berada disekelilingnya, dan bahagian tengah juga merupakan pusat kekuatan. Pemimpin sesuatu kaum sentiasa ditengah-tengah dan para pengikutnya disekelilingnya.
Sabda Rasulullah s.a.w (bermaksud) :
“ Sebaik-baik perkara adalah yang paling tengah daripadanya.”
ii. Adil
Iaitu tidak memihak kepada salah seorang dari mereka yang sedang berselisih, hanya berpegang atau memihak kepada kebenaran.
Firman Allah s.w.t :
Maksudnya: “Telah berkata orang yang paling adil di antara mereka: Bukankah aku telah mengatakan kepadamu hendaklah kamu bertasbih kepada Tuhanmu?”
Al-Qalam (68) : 28
Al-Qalam (68) : 28
iii. Sederhana Atau Seimbang Antara Dua Sifat Atau Sikap Yang Melampau
Iaitu tidak terlalu keras dan tidak juga terlalu lembut, tidak terlalu boros dan tidak kedekut, tidak berlebihan dan tidak juga kekurangan, tidak terlalu mementingkan material sehingga mengabaikan masalah kerohanian sehingga mengabaikan masalah kerohanian.
iv. Jalan Yang Lurus Iaitu Jalan Yang Tidak Menyimpang Atau Menyeleweng
Garis yang paling tengah dari garis-garis yang menghubungkan dua titik adalah garis yang paling lurus dan merupakan juga garis yang paling pendek dan paling singkat. Maka jalan yang lurus bererti jalan yang tidak menyimpang atau menyeleweng.
Umat Islam sebagai umat pertengahan ialah umat yang mengamalkan kesederhanaan dalam semua aspek. Di bawah ini akan dinyatakan beberapa contoh kesederhanaan Islam:
i. Akidah:
Islam berada ditengah-tengah antara akidah komunisme yang tidak percaya kepada adanya tuhan dan akidah yang percaya kepada banyak tuhan. Dalam Islam konsep ketuhanan adalan berdasarkan ketauhidan (Tuhan Yang Maha Esa).
ii. Ibadah:
Islam berada ditengah-tengah antara kumpulan yang hidup mereka hanya untuk beribadah di rumah-rumah ibadah dan kumpulan yang hidup mengejar keduniaan tanpa ikatan langsung dengan ibadah. Islam mengajar umatnya agar sentiasa beribadah dan juga mengajar mereka supaya jangan lupa habuan mereka di dunia.
iii. Halal-haram:
Islam berada di tengah-tengah golongan yang mengharamkan semua benda kecuali sedikit sahaja dan golongan yang menghalalkan semua perkara.
iv. Perkahwinan:
Islam berada di tengah-tengah antara golongan yang mengharamkan kepada mereka perkahwinan dan golongan yang bebas berkahwin sebanyak mana yang mereka inginkan.
v. Pemilikan harta:
Islam berada di tengah-tengah antara golongan komunis yang tidak membenarkan rakyat memiliki harta dan golongan kapitalis yang bebas memiliki harta sebanyak mana yang mereka mahu dengan apa cara sekalipun walaupun melalui penindasan
No comments:
Post a Comment